Write For Us

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 4

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
144 Views
Published
Skuad #TerimaKasih adalah satu program tanggungjawab sosial yang dilancarkan pada 1 Jun 2017. Program ini merupakan inisiatif yang dilancarkan untuk memupuk kesedaran bahawa kebaikan boleh dilakukan tanpa mengira siapa anda atau bagaimana keadaan anda.
Menerusi program ini, tujuh pertubuhan iaitu Majlis Bagi Orang Buta Malaysia, Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS), Persatuan Pengasih Malaysia, Persatuan Orang Pekak Johor Bahru, Spinal Muscular Athropy (SMA), Jabatan Penjara Malaysia, Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) bakal berkolaborasi bersama duta-duta Skuad #TerimaKasih dalam beberapa misi yang dinamakan Rantaian Kasih untuk menyebarkan kasih sayang dan kebaikan sesama kita sebagai tanda #TerimaKasih.
Disebelah petang pada 10 Jun 2017, bertempat di Plaza Angsana Johor Bharu, aktiviti jualan amal juadah berbuka puasa yang telah dimasak diadakan di Bazar #TerimaKasih. Kutipan hasil jualan makanan tersebut akan disalurkan ke dalam dana Skuad #TerimaKasih. Manakala bagi majlis berbuka puasa Skuad #TerimaKasih akan menjemput Persatuan Orang Pekak Johor untuk bersama-sama berbuka puasa. Dalam aktiviti jualan amal di Bazar #TerimaKasih dan majlis berbuka puasa telah disertai oleh Skuad #TerimaKasih, Fiza Sabjahan, Uyaina Arshad, Zainal Ariffin, Faizal Tahir dan Aizat Amdan.
Duta Skuad #TerimaKasih:
- Zainal Ariffin, Fakhrul Radhi, Fiza Sabjahan, Uyaina Arshad
Duta #TerimaKasih:
- Faizal Tahir, Aizat Amdan, Redza Rosli, Zakuan Adha, Ayda Jebat, Elfira Loy, Mira Filzah
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment