Write For Us

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 3

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Skuad #TerimaKasih adalah satu program tanggungjawab sosial yang dilancarkan pada 1 Jun 2017. Program ini merupakan inisiatif yang dilancarkan untuk memupuk kesedaran bahawa kebaikan boleh dilakukan tanpa mengira siapa anda atau bagaimana keadaan anda.
Menerusi program ini, tujuh pertubuhan iaitu Majlis Bagi Orang Buta Malaysia, Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS), Persatuan Pengasih Malaysia, Persatuan Orang Pekak Johor Bahru, Spinal Muscular Athropy (SMA), Jabatan Penjara Malaysia, Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) bakal berkolaborasi bersama duta-duta Skuad #TerimaKasih dalam beberapa misi yang dinamakan Rantaian Kasih untuk menyebarkan kasih sayang dan kebaikan sesama kita sebagai tanda #TerimaKasih.
Pada 10 Jun 2017, bertempat di Suria Kolej Johor Bahru, Skuad #TerimaKasih bersama-sama penghuni PENGASIH Muar memasak juadah berbuka puasa untuk diagihkan kepada masjid berhampiran serta membuat jualan amal di Bazar #TerimaKasih. Selain duta Skuad #TerimaKasih seperti Fiza Sabjahan, Uyaina Arshad dan Zainal Ariffin turut menyertai dalam aktiviti memasak ini ialah artis seperti Faizal Tahir dan Aizat Amdan.
Duta Skuad #TerimaKasih:
- Zainal Ariffin, Fakhrul Radhi, Fiza Sabjahan, Uyaina Arshad
Duta #TerimaKasih:
- Faizal Tahir, Aizat Amdan, Redza Rosli, Zakuan Adha, Ayda Jebat, Elfira Loy, Mira Filzah
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment