Write For Us

Susulan laporan audit, PAC panggil 2 kementerian

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Susulan laporan Ketua Audit Negara (LKAN) siri kedua 2017 yang keluar hari ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil beberapa kementerian untuk meminta penjelasan berhubung kelemahan pengurusan kewangan yang berlaku.
Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Ariffin berkata, kementerian yang sudah dipastikan setakat ini adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
“Masih ada kementerian dan jabatan yang mempunyai beberapa masalah dan kelemahan.
"Kita akan panggil yang melibatkan kepentingan masyarakat, seperti KBS yang melibatkan pembinaan kemudahan sukan dan belia. KKLW juga akan dipanggil (atas sebab yang sama)," katanya pada sidang media PAC di Parlimen, hari ini.
Beliau berkata terdapat empat teguran diberikan LKAN kepada dua kementerian itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment