Write For Us

'Tanya peguam saya'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
67 Views
Published
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas mengenai kesemua pertuduhan rasuah yang dihadapinya ketika ditanya pemberita sebaik keluar daripada Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Sebaliknya, Ahmad Zahid meminta para pemberita bertanyakan soalan kepada peguamnya Hamidi Mohd Noh.
Bagaimanapun, Hamidi berkata beliau akan menjawab pertanyaan media pada sidang media esok di Mahkamah Shah Alam.
Ahmad Zahid akan berdepan dengan 33 lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.
Zahid yang juga adalah bekas timbalan perdana menteri, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan tujuh pertuduhan menerima rasuah lebih $SGD4.2 juta bagi melanjutkan kontrak Syarikat Ultra Kirana sebagai pengendali One Stop Center (OSC) di negara China.
Ini akan menjadikan jumlah pertuduhan baru ke atas Zahid menjadi sebanyak 41 pertuduhan berjumlah lebih RM47 juta.
Zahid bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas 7 pertuduhan yang dibaca terhadapnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment