Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin hidup dalam nostalgia di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, pemimpin di era itu takut untuk bersuara kerana Dr Mahathir merupakan seorang diktator.
Nazri berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pameran wayang Kulit Nusantara di Muzium Negara, hari ini.
Nazri mengulas ketika ditanya mengenai luahan Daim berkaitan krisis ekonomi negara dan penyelesaiannya dengan menyebut cara kerajaan mengawal ekonomi negara amat cetek, malah ekonomi negara dijana oleh hutang.
Daim turut mencadangkan satu Jawatankuasa baru berkaitan ekonomi yang terdiri dari mereka berkaliber dengan kepakaran teknikal dan berani bercakap benar.
Mengulas lanjut, Nazri berkata jawatankuasa baru itu dirasakan tidak perlu kerana kerajaan sememangnya peka terhadap ekonomi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment