Write For Us

Tweet Azmin dituju kepada siapa?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menyelar tindakan fitnah yang dibuat individu tertentu terhadap mufti.
Beliau menyifatkan adalah tidak wajar mana-mana individu mempersenda dan memperlekeh mufti kerana kepentingan politik.
Dalam mesej dimuat naik dalam akaun Twitter milik Azmin Sabtu lalu, Azmin menyifatkan memfitnah mufti sebagai tindakan yang keterlaluan.
Mesej dimuat naik Azmin itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ada yang memberi komen ia berhubung dengan kenyataan dikeluarkan Pengerusi Parti Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad ataupun kepada Azwan Ali selepas adiknya menyelar mufti dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Azwan yang kini bekerjasama dengan Umno untuk menjatuhkan Azmin dan kerajaan Selangor berkata dia selalu ditegur oleh mufti yang didakwanya memberi label kepadanya dengan istilah Islam.
Azwan bagaimanapun tidak menamakan mufti terbabit dan berkata para mufti harus lebih menumpukan isu-isu lain dan bukan dirinya.
Tweet Azmin itu juga menyusul beberapa jam selepas bekas perdana Menteri itu menyalahkan mufti kerana gagal menghalang tragedi Memali.
Mahathir berkata tragedi Memali tidak akan berlaku sekiranya mufti menegur Amanat Hadi, iaitu ucapan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang didakwa mendorong penyokong PAS untuk menentang Umno dan Barisan Nasional dengan keganasan.
Bagaimanapun tweet Azmin itu tidak jelas dan tidak diketahui dituju kepada siapa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment