Write For Us

Waytha: Najib penipu, khianati India miskin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
449 Views
Published
Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri minggu lalu, hari ini tampil membidas Datuk Seri Najib Razak.

Pada sidang media kira-kira 20 minit itu, Waythamoorthy juga menggesa Najib supaya meletakkan jawatan kerana menipu dan mengkhianati janji yang dibuat kepada masyarakat India.

Klip video janji BN sebelum pilihan raya umum ke-13 juga dipertontonkan kepada media. Bagaimanapun, beliau enggan melayan sebarang soalan daripada wartawan, sebelum tergesa-gesa meninggalkan sidang media berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment