Write For Us

Mesej Zahid disensasikan, kata pegawainya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ibrahim Yahaya kesal apabila mesej utama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak disampaikan dengan baik malah ada pula yang mensensasikan kenyataannya berkaitan bekas Perdana Menteri itu.
Dalam kenyataan kepada Sinar Harian, Ibrahim berkata mesej yang hendak disampaikan Ahmad Zahid pada orang ramai ialah jangan peralatkan Umno demi kepentingan diri sendiri dan sedia pada parti.
Kata Ibrahim, Ahmad Zahid tidak hairan sikap Mahathir yang memerintah Malaysia 22 tahun bukan asalnya orang Melayu tetapi keluarganya dari Kerala, India.
Jelasnya, apa yang terjadi adalah satu kejadian hiruk-pikuk dan keadaan tidak tentu arah dalam media sosial terutama penyokong kuat Mahathir atau mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Terdahulu, Ahmad Zahid mendakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun ketika berucap di majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya.=
Katanya, ini berikutan susur galur keturunan Mahathir berasal dari India.
Ibrahim berkata, sesetengah pihak menggunakan isu ini dengan mendakwa Ahmad Zahid menghina golongan mamak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment