Write For Us

Muhyiddin tanya polis, apa yang palsu?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan pihak polis kerana menyiasat Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan menyebarkan berita palsu.
Menurut Muhyiddin, beliau tidak pasti apa yang palsu mengenai kenyataan Mahathir berkenaan pesawatnya yang disabotaj.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim semalam mengesahkan polis menerima laporan mengenai Mahathir atas dakwaan menyebarkan berita palsu.
Beliau berkata ia salah satu daripada lapan laporan polis yang dibuat sepanjang tempoh kempen PRU ke-14 setakat ini.
"Bagi kes yang disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar itu, ia melibatkan kes mengenai dakwaan Tun Mahathir berkenaan isu sabotaj jet yang sepatutnya menerbangkan beliau ke Langkawi pada Jumaat lepas," katanya seperti dipetik bernama semalam.
Semalam juga, Mahathir berkata beliau bersedia disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kerana beliau hanya menyatakan kebenaran dan bukannya palsu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment