Write For Us

Mukhriz: Najib protagonis sebenar kejatuhan PH Kedah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
67 Views
Published
Di sebalik tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan hilang jawatan menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir mendakwa Najib Razak menjadi dalang apa yang berlaku.

Dakwa Mukhriz walaupun arahan untuk menjatuhkannya sebagai menteri besar datang daripada Muhyiddin Yassin, namun di belakang Presiden Bersatu itu ialah Najib.

"Walaupun arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datang daripada presiden Bersatu melalui Hamzah Zainuddin, tetapi protagonis sebenar masih orang yang sama dengan dulu iaitu Najib Razak.

"Tujuannya tidak lain tidak bukan semata-mata membebaskan dirinya daripada pertuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal mega yang mencemar nama baik Malaysia di persada dunia.

https://www.malaysiakini.com/news/526056
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment