Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Faiz Fadzil berkata Datuk Seri Najib Razak tidak perlu berlakon dalam isu kehilangan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, selepas skandal itu diketahui umum.
Katanya, perdana menteri sudah mengetahui perkara itu sejak Februari 2017 namun tidak mengarahkan pihak berkuasa menyiasat perkara itu.
Beliau merujuk kenyataan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad ketika sidang media pada 21 Disember lalu, yang mengatakan beliau telah memaklumkan perkara itu sebaik sahaja mendapat tahu mengenainya, pada Februari lalu.
"Perdana Menteri tak perlu berlakon kata perlu siasat, sedangkan beliau tahu sejak Februari 2017. Mengapa ketika itu tak arah siasatan dibuat?
"Seperti kata Shahrir, beliau (Najib) hanya arahkan audit dan rundingan dibuat. Nak runding apa, tanah sudah hilang," katanya (gambar) pada sidang media selepas penyerahan memorandum oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment