Write For Us

Selangor gantung tauliah mengajar Zamihan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggantung tauliah penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin daripada mengajar di surau dan masjid-masjid di negeri itu.
Dalam suratnya semalam, Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim memaklumkan kepada kesemua rumah ibadat umat Islam di negeri itu bahawa Zamihan disiasat bawah Seksyen 4, Akta Hasutan.
Memetik laporan The Star, Haris berkata, pergantungan sementara itu berkuat kuasa serta merta
Zamihan kini sedang ditahan reman susulan kenyataannya yang dilaporkan mengkritik pendirian sultan Johor yang menolak dobi eksklusif untuk umat Islam di negeri baginda.
Zamihan berkata beliau tidak pun menyebut nama sultan Johor dan menyalahkan media yang didakwa cuba membunuh karektornya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment