Write For Us

Zamihan tegur Neelofa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Pelakon dan pengacara popular Neelofa disarankan bertaubat susulan tindakannya yang melancarkan koleksi tudung di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur semalam.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin berkata tindakan Neelofa itu bukan saja boleh menimbulkan fitnah malah boleh mencemarkan imej Islam.
Semalam, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam surat terbukanya kepada Neelofa melahirkan rasa khuatir apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung.
Jelasnya, walaupun perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni, namun kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
Neelofa mempertahankan tindakan melancarkan koleksi tudungnya di sebuah kelab malam, Isnin lalu.
Neelofa berkata beliau memilih Zouk, kelab hiburan terkenal di ibu negara, dengan mengambil kira kesesuaian bajet serta tema acara, lapor beberapa media.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment