Seorang perwakilan Pemuda PAS memetik penganjuran sebuah konsert oleh penyanyi pop Amerika Syarikat Selena Gomez di Shah Alam, tahun lalu sebagai antara sebab mengapa hubungan politik parti itu dengan PKR mesti ditamatkan.
Aubidullah Fahim Ibrahim berkata, ia antara contoh bagaimana PKR tidak komited untuk memperkukuh Islam.
“Antara lima garis panduan tahaluf Majlis Syura PAS (adalah) mesti wasilah untuk perkukuhan Islam.
“PKR di Selangor, MB (Datuk Seri Azmin Ali) tidak bersungguh-sungguh untuk perkuatkan Islam.
“Macam mana mereka ghairah (dengan) koncert Selena Gomez? Tak ambil peduli suara yang dikemukalan kita dari PAS, umat Islam dan NGO-NGO Islam,” Aubidullah di muktamar Pemuda PAS di Kedah hari ini.
Bintang pop antarabangsa itu mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 25 Julai tahun lalu yang bertempat di Stadium Tertutup Bukit Malawati di Shah Alam. Konsert berkenaan adalah sebahagian daripada siri jelajah The Revival Tour.
PAS ketika itu menyatakan bantahan keras mereka atas dakwaan penyanyi itu terlalu seksi.
Berucap bagi menyokong usul untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, wakil Selangor itu berkata komitmen untuk mengukuhkan Islam adalah antara syarat yang ditetapkan untuk kerjasama antara PAS dan PKR.
Usul itu kemudiannya diluluskan dengan sebulat suara.
Antara sebab lain disebut oleh Aubidullah adalah bagaimana PKR sebagai sebuah parti oportunis, yang bertindak tanpa berunding dengan sekutunya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment