Write For Us

Shabudin rasa Rahman mungkin salah faham

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, berharap Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dapat menemuinya bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai isu perogol mengahwini mangsanya.
Kata Shabudin, beliau berpendapat Abdul Rahman mungkin tersalah faham atau tidak mendapat maklumat sebenar sehingga mengeluarkan kenyataan keras ketika mengulas itu berkenaan.
Justeru, katanya, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu perlu mendapatkan maklumat sebenar.
"Saya mengharapkan Datuk Rahman Dahlan berpeluang berbincang, mendapatkan penjelasan yang sebenar atau boleh mengikuti perbahasan (semalam) melalui hansard (penyata rasmi persidangan) atau rakaman yang dijalankan. Beliau boleh menelitinya.
"Saya rasa beliau mungkin salah faham atau tak mendapat maklumat sebenar," katanya dalam temu bual disiarkan laman sesawang bnbbc.my hari ini.
Shabudin menjadi sasaran kecaman ramai ekoran kenyataannya semasa berbahas di Dewan Rakyat semalam.
Seorang daripada tokoh yang mengulas kenyataan itu ialah Abdul Rahman yang menganggap perkahwinan bawah umur dan pernikahan antara perogol dan mangsa serangan seksual sebagai "keji".
"Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup, bermimpi dan berseronok.
"Walaupun menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan kehidupan yang baik untuk anak-anak, kerajaan dan penggubal undang-undang bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan kanak-kanak Malaysia.
"Oleh itu, adalah keji pada abad ke-21 ini untuk mencadangkan perogol - yang sepatutnya didakwa sejak awal lagi - boleh lari daripada hukuman dengan hanya mengahwini mangsa," katanya.
Kata Shabudin, beliau juga tidak pasti dari mana Abdul Rahman mendapatkan sumber berita mengenai kenyataan semalam.
Berikut adalah pautan ucapan penuh Shabudin berhubung isu 'kahwin lepas rogol' -
Berikut pautan kenyataan penuh Shabudin yang mendakwa media massa menyalah tafsir ucapan perbahasannya di Dewan Rakyat semalam. -
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment