Write For Us

Jaga tutur kata, luah Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak umat Islam menghentikan tabiat buruk serta menjaga tutur dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
Perdana menteri berkata beliau amat tertarik dengan perkongsian Mufti Zimbabwe, Mufti Ismail Menk yang mengajak semua umat Islam supaya menghentikan segala tabiat buruk.
"Sama-samalah kita menjaga tutur kata, mengelak daripada tuduh-menuduh atau menyebar fitnah kerana perbuatan sebegini sangat merugikan dan boleh membawa kepada kemusnahan," katanya dalam catatan blog www.najibrazak.com hari ini.
Najib percaya bahawa menjaga tutur kata bukanlah satu perkara yang asing, sebagai orang Islam atau sebagai orang Malaysia.
"Sejak di bangku sekolah lagi, kita telah diajar kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya." Kalau dalam bahasa Inggeris, kata-kata "If you have nothing good to say, say nothing" sering digunakan sebagai peringatan atau pedoman," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment