Write For Us

"Kepada En. Ibdillah..." tegur TMJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mahu menjatuhkan mana-mana pihak.
Menyebut khusus “Encik Ibdillah”, baginda meminta individu itu tidak menggunakan tentera siber untuk menghentamnya.
“Kepada En Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan cybertroopers awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang 'bos' awak. Tiada sesiapa yang nak jatuhkan 'bos' awak.
“Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari negeri Johor. Fikirlah sebaik-baiknya,” kata baginda.
Ini kerana sokongan terbesar parti politik individu itu datangnya dari negeri Johor.
Johor sentiasa dianggap sebagai kubu kuat Umno.
Memetik Malaysiakini, TMJ tidak merujuk secara jelas Ibdillah mana yang dimaksudkannya tetapi mungkin merujuk kepada exco Pemuda Umno Ibdillah Ishak.
Beliau memegang portfolio media baru untuk pergerakan itu.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Ibdillah Ishak berkaitan kenyataan baginda.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment