Write For Us

TMJ tegur KJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Ketiadaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini nampaknya dipandang begitu serius oleh Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Dalam kenyataannya semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, orang ramai tertanya-tanya di manakah menteri belia dan sukan itu ketika perlawanan sukan utama tanah air berlangsung.
"Pada pendapat saya, beliau sepatutnya menjadi antara individu penting yang sepatutnya turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini," katanya melalui Facebook Johor Southern Tigers.
Menurut TMJ, beliau dimaklumkan Khairy terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan Piala FA tersebut.
Bagaimanapun, pada pandangannya, menteri terbabit sepatutnya memberi keutamaan pada perlawanan akhir Piala FA itu.
"Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi Askar Wataniah daripada menjadi menteri belia dan sukan," tegas Tunku Ismail.
Perlawanan akhir Piala FA 2017 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Mei lalu lalu menyaksikan pasukan Kedah bertemu Pahang.
Ia turut disaksikan tiga kerabat diraja iaitu dari Kedah, Johor dan Pahang.
Perlawanan sengit dan menghiburkan itu berakhir dengan skukad Helang Merah menundukkan Tok Gajah 3-2.
Tunku Ismail turut menasihati Khairy agar tidak memilih untuk hadir ke majlis yang menjadikan beliau sebagai tumpuan semata-mata.
"Janganlah hanya memilih untuk pergi ke aturcara yang anda pasti akan menjadi tumpuan majlis tetapi apabila sebaliknya, tidak mahu pergi kerana sudah tahu anda tidak menjadi tumpuan.
"Apabila anda telah menjadi seorang menteri atau ahli politik, yang sebetulnya adalah mengenai berkhidmat kepada rakyat dan institusi negara, bukan berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri," jelasnya.
Tambah beliau, sekiranya mahu menjadi popular lebih baik menjadi selebriti dan bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik.
"Dan kepada semua ahli politik dan wakil-wakil pemuda, keutamaan tugas anda adalah turun padang dan berkhidmat kepada rakyat, bukannya mengira berapa banyak 'followers' di laman media sosial.
"Ini bukan pasal soal sukan dan bola sepak sahaja tetapi ini adalah tanggungjawab dan amanah kesemua ahli-ahli politik dalam negara," kata Tunku Ismail.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment