Write For Us

PAS tegur MCA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai membuat kenyataan yang "tidak realistik" dengan mengancam bubar BN atau menendang keluar Umno daripada gabungan itu kerana Umno menjalin kerjasama dengan PAS.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata kenyataan presiden MCA bukan sahaja tidak realistik malah berupa takut kepada bayang-bayang sendiri.
Takiyuddin berkata PAS tetap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan sebarang parti politik, termasuk MCA bagi kebaikan negara.
Beliau juga menggesa MCA untuk bertindak dengan politik terbuka dan matang dan bukannya mengancam atau menyalahkan pihak lain atas kegagalan keputusan pilihan raya parti itu.
Anggota parlimen Kota Bharu itu mengulas amaran Liow semalam bahawa MCA boleh menyingkirkan Umno keluar BN jika ia bergerak ke arah politik teokrasi.
Bercakap pada Konvensyen MCA Selangor 2018 semalam , Liow menegaskan BN perlu terus memegang prinsip kemajmukan budaya dan mempertahankan keharmonian kaum di negara ini.
Beliau berkata jika Umno mengambil pendekatan kaum dan agama, Barisan Nasional akan dibubarkan atau MCA akan menolak Umno daripada gabungan itu.
Liow berkata MCA tidak setuju dengan sebarang hubungan rasmi Umno-PAS melainkan kerjasama dalam isu tertentu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment