Write For Us

M'sia vs Korea Utara mungkin beraksi di padang berkecuali

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
153 Views
Published
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melakukan tindakan susulan dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai status sebenar perlawanan Korea Utara dan Malaysia pada 28 Mac depan.
Hubungan diplomatik Korea Utara dan Malaysia dilihat semakin tegang apabila kerajaan mengarahkan Duta Malaysia pulang dari Pyongyang.
Ia susulan kes kematian abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong-Nam, di tanah air yang mencetuskan pelbagai polemik serta menjejaskan hubungan di antara kedua-dua negara.
Astro Awani melaporkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, tidak menolak kemungkinan aksi pertama Kumpulan B, kelayakan Piala Asia 2019 itu akan diadakan di gelanggang berkecuali jika keadaan semakin tegang.
"Setakat ini, tiada apa-apa perkembangan mengenai perlawanan itu dan kalau FAM rasa tidak selamat untuk beraksi di sana, kami akan berhubung dengan AFC.
"AFC akan membuat keputusan sama ada perlawanan itu akan berlangsung di gelanggang berkecuali atau ditangguhkan," kata Hamidin dalam sidang media semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment