Write For Us

'PM kata masih ada'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) masih wujud seperti apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada mereka masih bermesyuarat seperti biasa, Daim memberitahu pemberita bahawa anggota lain "telah kembali ke kerja mereka sendiri".
Daim ditemui selepas menghabiskan masa bersama penduduk di kawasan Parlimen Titiwangsa di Kelab Sultan Sulaiman, hari ini.
Penubuhan CEP dengan keanggotaan lima orang pada 12 Mei merupakan antara tugas pertama Mahathir sebagai perdana menteri.
Selain Daim, majlis itu terdiri daripada bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas presiden Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican, ahli ekonomi Jomo Kwame Sundaram dan hartawan Tan Sri Robert Kuok.
Majlis itu merupakan badan berkuasa yang mewawancarai kira-kira 350 orang daripada 200 organisasi - kebanyakannya badan kerajaan atau GLC - untuk membantu merumuskan laporan mengenai dasar ekonomi dan kewangan bagi perdana menteri.
Laporan itu dihantar 100 hari selepas CEP terbentuk.
Terdapat perancangan awal membubarkan majlis itu selepas 100 hari pembentukannya, tetapi Mahathir berkata ia masih diperlukan untuk memberi nasihat kepada kerajaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment