Write For Us

"Selangor kata tak nak 'sign', I am speechless"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad kelu dengan laporan akhbar yang dibacanya bahawa kerajaan negeri Selangor enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam usaha memerangi rasuah.
"I am speechless. Biar rakyat menilai," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Exco Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata kerajaan Selangor bertegas tidak akan melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM.
Kata Iskadar, kerajaan negeri mempunyai kedah yang lebih baik daripada SPRM dalam menjamin integriti semua pihak termasuklah para pegawai kerajaan di negeri itu.
"Kita ada kaedah sendiri dalam menangani gejala rasuah dan amalan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Kita wajibkan semua Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan para pegawai kerajaan menandatangani aku janji termasuklah membuat pengisytiharan harta serta kepentingan mereka dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri.
"Maka, kita tidak perlukan IBR kerana pendekatan kita lebih baik daripada ikrar itu. Aku janji kita diperbaharui setiap minggu berbanding IBR yang melibatkan tempoh satu tahun dalam menangani rasuah dan salah guna kuasa," katanya yang dipetik Utusan Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment