Write For Us

Workout@Arena | Tips Senaman #2 | Astro Arena

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Selamat pagi Malaysia! Harap semuanya berada dalam keadaan yang baik, sihat dan bertenaga! Okay, untuk slot ke-2 Workout@Arena #SiriLepasStress kali ini kami bawakan khas untuk anda senaman Core dan juga Total Body.
Senaman ini mudah sahaja, korang boleh buat dekat rumah ataupun dekat taman sekitar perumahan yang korang duduk, jangan buat dekat dalam shopping mall pulak, Hahaha!. Untuk slot ke-2 ni Antara senaman yang ada ialah:
1) Mountain Climber (8 reps X 4 set)
2) Push Up (8 reps X 4 set)
3) Scissors Crunch (8 reps X 4 set)
4) Plank (30 saat X 4 set)
5) Side Plank Twist (30 saat X 4 set)
*Untuk jumlah reps/saat tu korang boleh ubah ikut kesesuaian kondisi badan masing masing. Kalau korang konsisten, tak mustahil korang boleh tambah jumlah reps/saat untuk mendapatkan hasil yang lagi padu beb!
Ada lagi satu tips nak mantapkan senaman kita ni, nak tahu? Senang sahaja, mesti ada sesetengah orang tertanya-tanya kenapa badan mereka kekal macam tu je tiada perubahan setelah melakukan semua workout, ini disebabkan CARA PEMAKANAN mereka salah! Kalau dah workout, lepas itu makan tak ingat,macam mana badan nak padu kan? Anda semua perlukan Diet yang sihat seiring dengan program senaman anda. 80% adalah berpandukan pada diet atau pemakanan tau!
Apa macam? Berani tak sahut cabaran kali ini?apa kata anda cuba senaman ini 3/4 kali seminggu secara konsisten. Hasilnya mesti terbaikk!
Nak video senaman lagi? tunggu kami di slot yang seterusnya ya. Ayuh sihat bersama, Selamat mencuba!!!
SUBSCRIBE YouTube Astro Arena (youtube.com/AstroArena)
Layari portal berita sukan
Facebook:
Twitter:
Instagram:
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment