Write For Us

Yee Kew lapor polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew membuat satu laporan polis terhadap Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, pada Sabtu, 11 Januari.
Laporan polis itu susulan tindakan Mohd Ridzuan membawa lebih 100 individu didakwa sebagai peniaga Uptown Danau Kota membuat laporan polis terhadap Yee Kew kononnya beliau menyalah guna kuasa selain menyebabkan peniaga mengalami kerugian, Ahad lalu.
Menurut Yee Kew, beliau dimaklumkan terdapat 157 peniaga membuat laporan polis terhadapnya yang dibuat di Balai Polis Setapak, pada Ahad lalu.
Beliau menafikan segala tuduhan dalam laporan polis yang dibuat mereka kerana ia adalah palsu dan tidak benar selain diberitahu kesemua isi kandungan laporan polis berkenaan adalah sama.
Beliau bercakap kepada media sebaik selesai membuat laporan polis di Balai Polis Setapak, 11.30 pagi.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment